Usul tergempar ISA lulus di DUN S'gor
May 26, 08 12:54pm
Usul tergempar mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan buat pertama kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membantah penahanan berlanjutan seorang wakil rakyat negeri itu.
M Manoharan , yang menang atas tiket DAP kini ditahan di kem Kamunting, Taiping sejak Disember lepas.
Usul tersebut dibawa oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku (DAP), Lau Wen Sang, lewat petang ini dan dibahaskan sehingga awal malam.
Usul bersejarah itu berbunyi: "Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Adun kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."
Ia diluluskan sebulat suara oleh DUN Selangor tepat jam 9 malam ini.
Semua Adun BN tidak menyertai perbahasan tersebut yang bermula jam 6 petang tadi.
Manoharan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu.
Usul itu disokong dan dibahaskan oleh enam wakil rakyat, termasuk dua bekas tahanan ISA - Dr Mohamad Nasir Hashim (DAP-Kota Damansara) dan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang).
Turut serta dalam perbahasan itu barisan Adun muda Pakatan Rakyat: Gan Pi Nee (PKR-Rawang), Hannah Yeoh (DAP-Subang), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) dan Amirudin Shari (PKR-Batu Caves).
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment