Monday, June 9, 2008

State govt wants detention centre moved out of Perak

State govt wants detention centre moved out of Perak
Humayun Kabir

TAIPING (June 8) : The Perak state government wants the federal government to move the Kamunting detention centre out of Perak because it is a shame and embarrassment to the Pakatan Rakyat government.
"If the fderal gvernment thinks it is a pride, that it can be a showpiece to the world, they can shift (it) to Putrajaya," senior state executive council member Datuk Ngeh Koo Ham said June 7.
"We hope this matter can be resolved soon,” Ngeh told reporters during a candlelight protest by about 500 supporters of the Abolish ISA Movement (AIM).
The protestors, comprising members of 83 organisations, had gathered at a mosque about 2km from the detention centre at 7.30pm before lighting up their candles and marching past three police roadblocks to the centre.
They arrived at the centre at about 8.40pm.
Outside the centre, Ngeh spoke to Larut Matang OCPD ACP Raja Musa Raja Razak, who agreed to give the movement 15 minutes to make their speeches and disperse.
Two AIM members called for the abolishment of the ISA and the freeing of all the detainees at the centre.
“We feel that everybody (should be given) a chance to defend himself.
The present laws under the ISA (operates on the) subjective discretion of the home minister (who can decide) whether a person is a threat to the national security or not.
This is totally unacceptable ” said Ngeh, who is Beruas MP and Sitiawan state assemblyman.
“Under the laws before the amendment, a judge can question whether the grounds in which you suspect a person is a threat to the national security or not.
The option then was not too bad.”
"But with the amendment, it is dictatorial and unsuitable for modern-day democracy.
"We call on the federal government to once again review the law (ISA) as more freedom should be given to the rakyat (to express themselves) so long as it is peaceful.
We do not support rioting but the right to express should be given in a democratic society.”
The protesters dispersed peacefully at the end of the speeches.

Thursday, June 5, 2008

Wakil rakyat bantah ISA di Kamunting


Wakil rakyat bantah ISA di Kamunting
Abdul Rahim Sabri Jun 5, 08 2:58pm
Beberapa ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) di Perak turut serta dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di depan kem tahanan Kamunting, Sabtu ini.

"Saya difahamkan ada beberapa ahli parlimen dan Adun Perak akan turun ke perhimpunan ini," kata pengarah kempen 'bebaskan tahanan enam tahun ISA', Norlaila Othman kepada Malaysiakini.

Kempen itu yang digerakkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI) dijangka dihadiri 1,000 penyokong gerakan itu.

Menteri besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagaimanapun tidak akan hadir, tambahnya, "tetapi beliau akan memberi sokongan padu kepada GMI."

Menurut Norlaila lagi, perhimpunan itu berlangsung selama sejam bermula pada 8 malam 7 Jun ini.
Perhimpunan itu diadakan sebagai kempen membebaskan 10 tahanan, termasuk suami Norlaila, yang meringkuk di kem itu selama enam tahun atas tuduhan terbabit dalam gerakan militan Islam.

Suaminya Mat Sah Mohamad Satray, yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI).Menurut Norlaila, polis telah memanggil wakil GMI di Perak untuk sesi perbincangan mengenai perhimpunan tersebut.

"Polis akan bertindak sekiranya ada pebuatan yang tidak diingini berlaku, seperti ceramah yang panjang, peserta bersorak, mengganggu lalulintas dan membuat provokasi.

"(Pihak) GMI memberi jaminan (kepada pihak polis) ia dijalankan secara aman," jelasnya.

Pihak GMi mengalu-alukan kerjasama polis untuk menjaga ketertiban di acara itu, katanya.

Penyelaras perhimpunan ini, Megat Shariffudin Ibrahim mengesahkan bahawa pihaknya telah berbincang soal keselamatan dengan polis Taiping.

Sehubungan itu, Megat Shariffudin telah memohon permit polis untuk perhimpunan ini di balai polis Taiping pada Selasa yang lepas.

"Mereka berjanji untuk memberi keputusan (kebenaran berhimpun) pada hari ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jika tiada permit berhimpun dikeluarkan, jelasnya lagi, GMI akan tetap mengadakan acara tersebut seperti dijadualkan.

Tambahnya, program yang akan dijalankan pada malam itu, antara lain, taklimat daripada pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan ucapan isteri dua tahanan ISA, termasuk Norlaila.

"Tetapi sekiranya ada Yang Berhormat (wakil rakyat) yang hadir ingin berucap, kita akan memberi ruang," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan perhimpunan ini bukan perhimpunan politik, tetapi menuntut hak asasi manusia.

Wednesday, June 4, 2008

Tahanan ISA lumpuh akibat psikologi?




Tahanan ISA lumpuh akibat psikologi?
Abdul Rahim Sabri & Zahra Hamdan Jun 4, 08 10:26pm





Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memohon laporan perubatan secara bertulis berhubung dakwaan seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didera sehingga menyebabkan lumpuh dan akan dibawa ke sebuah pusat rawatan mental.




Keluarga Sanjeev Kumar Krishnan mendakwa lelaki itu dibelasah dalam tempoh siasatan ISA selama 55 hari sejak ditangkap 28 Julai tahun lepas.




Dalam laporan polis 20 Mei lalu, isterinya Sharmila Uthiakumar (foto kanan) mendakwa tahanan kini menggunakan kerusi roda di kem Kamunting, Taiping setelah dipindahkan pada 22 September lalu.




Sewaktu surirumah itu mengadu kepada Suhakam petang tadi, pesuruhanjaya Dr Chiam Heng Keng berkata siasatan awal suruhanjaya itu menunjukkan tahanan mengalami tekanan mental yang serius sehingga menyebabkan beliau mengalami kesakitan pada tubuhnya.




"Kami akan mendapat laporan dari hospital-hospital Taiping dan Pulau Pinang, tetapi diberitahu kepada Suhakam secara lisan oleh hospital (Taiping) bahawa diagnosis terhadap Sanjeev menunjukkan tidak organik, tidak ada apa-apa masalah terhadap otaknya," kata Dr Chiam.




"(Menurut doktor) Sanjeev mengalami tekanan perasaan dan sindrom pertukaran (conversion syndrome), yakni (satu) masalah psikologi. 'Sindrom pertukaran' satu istilah psikologi yang merujuk keadaan keresahan yang bertukar menjadi masalah perubatan (pada jasmani pesakit)."




Beliau menjelaskan Suhakam akan mendapatkan laporan perubatan untuk mengenal pasti masalah dan simptom yang sebenarnya.




"Tentunya sebagai seorang pakar psikologi, saya tidak menolak kemungkinan (bahawa) akibat terkurung dalam tahanan menyebabkan keadaan sangat menekan (perasaan seseorang tahanan).




"Saya tidak menolak kemungkinan itu. Kami pasti akan membuat susulan kes ini, dan jika perlu, melawat beliau sekali lagi untuk melihat sendiri (tahanan)," katanya sewaktu Sharmila dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyerahkan aduan kes ini.




"Mungkin sebagai seorang ahli psikologi, saya sendiri perlu melawatnya dan melihat kemungkinan tersebut," tambah Dr Chiam (foto, kanan).




"Jika ia akibat (kesan) psikologi, adalah penting, bagi beliau mendapat bantuan.




Tetapi syor kami ialah beliau disiasat dan dibicarakan di mahkamah."Dr Chiam sebelum ini merupakan seorang profesor psikologi sosial di Universiti Malaya selama 13 tahun.




Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam telah melawat Sanjeev Kumar dan hospital Taiping pada 7 Mei lalu.




Menurut Suhakam, hospital Taiping tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu, dan maka ia merujuk tahanan kepada hospital Pulau Pinang pada 21 hingga 24 Mei.




Suruhanjaya itu juga menyatakan pihaknya telah cuba mendapatkan laporan lengkap daripada Jabatan Penjara - yang menyelia kem tahanan tersebut - sejak sebulan lepas tetapi masih gagal mendapatkannya.




Ia tidak menolak kemungkinan mengadakan satu lagi lawatan untuk bertemu Sanjeev Kumar bagi mendapatkan maklumat lengkap.Walaupun tidak ikut serta dalam lawatan bulan lalu, Dr Chiam berkata beliau menjelaskan perkara ini bagi menunjukkan ada kemungkinan "kelumpuhan itu bukan faktor jasmani tetapi akibat kesan psikologi.




"Walaupun belum jelas buat masa kini sama ada Sanjeev Kumar akan dihantar ke Hospital Bahagia, tambah Dr Chiam, isu utama sekarang adalah memberi rawatan sebaiknya kepada tahanan.




GMI dalam memorandumnya itu mendakwa tahanan itu telah memaklumkan kepada keluarganya pada 1 Jun bahawa beliau "kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan".




"Berita terbaru ini telah mengejutkan isteri beliau (sewaktu lawatan keluarga) dan juga GMI.




"Mengapakah beliau dihantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua?" kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.




Suhakam memaklumkan, Sanjeev Kumar dijadualkan menerima rawatan psikiatri dan fisioterapi di hospital Taiping minggu depan.